Selepas hadirnya jasad aku di pantai ini yang berada di Bali . Aku telah menghasilkan sebuah puisi yang menjadi permulaan diriku dalam mendalami ilmu puisi yang puitis. Aku mencuba dengan apa yang telah dipelajari saat berada di dalam kampus Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu ini. Aku bercita-cita untuk menulis puisi semasa aku bermusafir . Sambil menyelam minum air la katakan . Semoga pembaca mampu menghayati keindahan Pantai Pendawa ini :)
what can i explain in english
[ Pendawa beach (beach hidden by big limestone cliff)
it was a great quality time i spent here with crystal clear water and canoeing
around the coral ! fresh air , stunning breeze , white sand,
impressive beach panoramas. ]
PANTAI PANDAWA
Samudera yang indah dan tenang figura ini
Kubiarkan ombak melumas kedua kakiku
Jernih airnya bak kaca tampa halangan
Mendebarkan dalam keasyikkan diri
Tersusun panjang dihiasi kulit kerang
Hamparan pasir putihmu dipukul ombak
Tersegam kirana pantai pendawa
Tampa ragu mendatangimu dalam kenikmatan
Pantai Pandawa
Tingginya ombak menampar terumbu hitam
Leluhurnya tanah dewata
Makin ke selatan kedengaran jeritan Lombok
Ku berdiri atas pasir putih safi mu ini
Menyaksi langit ayu dihiasi awan berarak
Rentangannya pukau persona alam ini
Tersirat khazanah keajaiban alam
Disembunyi tebing batu kapur yang gagah
Jalan membelah tebing kapurnya
Dihangat syamsu pagi
Menjadi sebutan seantero syurga dunia
nukilan
Hafiz al-bakry
Pantai Pendawa dari pandangan atas . anyway gambar ni original from my phone camera auw ! so amazing !
Ini lah pantai yang tersorok dengan batuan batu kaput yang tinggi :')
Alahai adik Shah Rukh Khan pulak
canoe time !