Translate

Friday, 21 October 2016

BIKE PACKING KE PORT DICKSON 🚲.....

PETA PERJALANAN 
Pada 14 Oktober 2016 hingga 16 Oktober yang lepas saya telah mengambil keputusan yang drastic untuk ‘bikepacking’ ke Port Dickson daripada kampus saya. Selepas solat jumaat dan kelas habis saya terus mengemas barang dan membuat beberapa persedian yang kurang rapi sebelum saya bergerak ^..^ . Pelbagai suka dan duka semasa saya bergerak solo yang telah mengajar saya pelbagai jenis ilmu dalam menjalani kehidupan sebagai seorang musafir yang menghambakan dirinya kepada Allah yang maha esa. Selamat membaca sebagai panduan ataupun nilai-nilai yang baik . Walaubagaimanapun yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk datang dari saya .
Terima kasih dan sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana telah menggerakkan saya untuk menjalankan aktiviti ini serta telah melindungi saya selama perjalan ini


Gambar malam sebelum bergerak . acah-2 try bukak khemah dan pioneer bag .

Tepat jam 2.45 aku keluar dari kampus usang aku ini dan teruskan perjalanan aku ke Port Dickson tanpa memikirkan apa-apa.


Ni dekat taman OUG kat Petaling jaya  


(putih sebb belom sunburn lagi ni😂)



Perjalanan musafir ku ini diteruskan dengan gigihnya bersama botol mineral yang tidak sesuai bottle compartment basikal touring ni haha. Aku melalui pusat sukan negara dekat stadium bukit jalil dan teruskan perjalan hingga masuk kedalam UPM Serdang

dalam UPM ni ada satu bukit tinggi sangat sampai aku tak mampu kayuh.

stadium hoki nasional

stadium bukit jalil (VIP Entrance)

hurmm lalu ladang ternakan tgok lembu yang comel   🐎


Semasa perjalanan dalam keadaan yang sangat panas , aku melihat jam tangan usang aku ini menunjukkan tepat 4.30 pm dan lantas terdetik untuk mencari tempat untuk berehat dan menunaikan solat Asar. Dalam masa yang sama peta menunjukkan perjalanan aku akan melalui UNITEN, lalu aku mengambil keputusan untuk ke sana bertemu kawan bernama MAT Arip yang berwajah mat salleh dan mempunyai  blonded hair dan singgah berehat di hostel beliau.
Mat Arip @ Mat Salleh @ Mat Rabit👱

Mechanical engineer to be ;)




“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta


          Perjalanan aku mula mencabar apabila aku terpaksa melalui kawasan Sungai Merab dan jalan Jenderam – Bangi yang agak hilly road . Aku terpaksa lajukan kayuhan ku demi mengejar waktu sebelum gelap di kawasan Lukut sebelum ke Port Dickson tu.



huhhh so hilly 

hiily again 

Teknik Sepang dan kini sudah menjadi Kolej Vokasional Sepang

      Perjalanan aku diteruskan dengan keadaan petang yang sejuk dan masih berbukit-bukit kecil hingga la aku smpai di sebuah perkampungan di daerah Sepang iaitu Kampung Chinchang Salak . Saat ini hari sudah senja dan hari makin gelap dan bulan mula mencerahi situasi. Ketika perjalanan aku di perkampungan ini, kayuhan aku makin perlahan kerana tayar aku sudah kekurangan angina walaupun memakai saiz tayar 700c. Perkara ini mungkin berlaku kerana perot aku yang makin membesar disebabkan makanan kafe di kampus yang sedap kot ! 

indahnya awan petang disini

singgah beli revive jap dengan surya hehehe !

singgah kejap jela minum air . Nak belajar disini tak layak sebab stok-stok buta warna


No comments:

Post a Comment